Wednesday, 26 December 2012

Tulislah..

Ingatan pada Cikgu Azizi, bermakna aku bermotivasi dan bernyawa untuk menyusun abjad menjadi untaian kata. Menulis bukan susah katanya. kita manusia yang dikurniakan pemikiran. Hakikatnya kita tidak pernah tidak berfikir. Jadi andainya anda ingin menulis, tulis saja apa yang tercetus di minda. Tidak perlu untuk memikirkan pujian orang terhadap garapan kita. Memang ada benarnya kata arwah cikgu Azizi. namun entah kenapa aku sendiri yang meletakan batasan-batasan yang membuatkan pemikiran acapkali beku tika mengadap skrin komputer. Keisauan-kerisauan dan kata sinis dari hati sendiri memungkinkan aku akan berhenti menulis untuk tempoh yang lama.

Tahun baru masihi menjelma beberapa hari saja lagi. Bermakna, tugas aku sebagai seorang guru akan bermula. Persekitaran sekolah hari ini ceria. Deretan pasu dengan bunga-bunga mekar, menghangatkan lagi suasana persekolahan tahun hadapan. Mesyuarat guru selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini. ternyata aku pasti, alam pekerjaan memberi aku suntikan semangat mendepani hari. Hari-hari tanpa ke tempat  kerja" membuatkan aku agak tidak tahu mengurus masa. terfikir, seandainya aku dipanjangkan umur dan sempat menikmati alam bersara. Agaknya aku memerlukan masa untuk mendepani suasana yang panjang dan lama tanpa suasana di alam pekerjaan. Hmm..panjangkan umurku Ya Allah...



No comments:

Post a Comment